Tuesday, March 16, 2010

Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam..~~~

Alhamdulillah.. Aku masih lagi berpeluang untuk bernafas di bumi Allah ini... Aku masih lagi mampu menjalankan aktiviti harianku sehingga semuanya hampir sempurna... Namun, sebagai manusia, tentu saja aku tidak mampu menyempurnakan semua tugasan tersebut dengan sesempurnanya.. Cukup sekadar aku anggap ianya sempurna di pandangan mataku... Rindu hatiku terubat dengan semua aktiviti tersebut.. Sekurang - kurangnya... Aku tidak terus hanyut ke dalam arus percintaan... Aku tahu... Mencintai Allah lebih bermakna berbanding mencintai manusia... Namun, apakan daya... Aku sudah terjerumus ke lubuk ini... Ku akui aku begitu terseksa disebabkan sikapku yang mencintai manusia... Sehinggakan aku memerlukan bertahun - tahun lamanya untuk melupakan kisah pencintaan yang amat memeritkan hatiku... Tapi, bagiku itu semua hanyalah bukti cintaku padanya...



Segalanya bermula apabila aku hanya menatap sekeping gambar yang mempunyai dua kelibat pemuda.. Seorang berkaca mata.. Manakala seorang lagi, tidak berkaca mata... Hanya dengan sekali pandang hatiku mula berdebar - debar...



" Ya Allah, apakah perasaan yang telah aku alami ini..?? Adakah aku sudah tidak siuman apabila jatuh cinta pada seorang yang hanya aku melihat melalui sekeping gambar dan hanya mendngar ceritanya daripada seorang teman yang amat baik... Adakah benar perasaanku ini.. Atau ianya hanya sekadar mainan syaitan... Yang ingin melihat aku hanyut dalam perkara duniawi... Aku redha jika benar dia telah ditakdirkan untukku... Namun, jika benar dia bukan untukku.. Kau kuatkanlah imanku..."



Begitulah rintihan hatiku.. Segalanya berjalan lancar... Aku hanya mendengar ceritanya.. Tanpa berhubung mahupun berjumpa.. Cuma sekeping gambar masih berada di dalam dompetku... Gambar yang menyebabkan aku terus mengharapkan cintanya.. Pelbagai cerita tentang dirinya aku dengar.. Pelbagai kerenah dirinya diceritakan..semuanya hanya daripada sahabat baikku.. Daripada cerita yang aku dengari.. Aku membuat konklusi.. Dia merupakan seorang yang ' Happy go lucky ', seorang yang berterus terang, seorang yang bertanggungjawab.. Seorang yang mampu menggembirakan hati insan yang lain.. Semua itu aku dengar sepanjang dua tahun aku menyimpan gambarnya.. Akhirnya, dia menghubungi diriku.. Kami semakin akrab.. Perasaan cinta aku semakin membuak - buak... Namun, panas yyang aku sangkakan sampaikan ke petang, akhirnya hujan di tengah hari.. Dia meninggalkan aku tanpa kata.. Hanya satu alasan yang menyakitkan hati aku.. Namun, tidak pernah terlintas di hatiku untuk membenci dirinya.. Setiap hari aku menunggu dirinya untuk menghubungi diriku kembali.. Namun, semuanya hanyalah harapan semata - mata.. Sehingga kini, dia tidak menghubungi diriku.. Hanya melalui temanku aku mendapat khabar berita tentang dirinya..

Adakah penantianku ini satu sia - sia..? Aku berharap semuanya berjalan lancar..Namun, aku hanyalah hamba Allah..yang lemah.. Semua urusan di tangan - Nya.. Ya Allah..kuatkanlah hatiku..tabahkanlah hatiku...aku bermohon padamu Ya Allah..Jauhkanlah aku dari kekecewaan ini... Kau berikanlah kebahagiaan kepadaku dan dirinya..Kuatkanlah iman kami berdua.. Aku bermohon padaMu ya Allah....

Amin ya Rabb..~~

Sesungguhnya cintaku kepadanya tidak akan hilang..dan cinta itu akan terus membara di dalam hatiku..itu janjiku sejak aku mengenali dirinya 5 tahun yang lepas...~~

0 comments:

 

Ishihara Zara Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal