Tuesday, January 11, 2011

Kerajaan Hati

Kadang - kadang kita sebagai manusia..mudah sangat terleka dengan segala nikmat yang diberi..macam tu jugak la aku..cepat sangat melatah..and cepat sangat terlupa akan setiap nikmat yang diterima..Astaghfirullahhalazim..banyak sungguh kelemahan diri aku nie..

Melalui kenikmatan yang diperoleh..pasti akan terbit bermacam - macam perasaan..ada yang mula merasa senang..gembira..bangga..and mungkin jugak..nafsu tamak akan mula bermaharajalela dalam hati..aduhhh..sakit kalau perasaan - perasaan tu mula berkampung dalam hati..dari sebuah kampung..ia akan membesar membentuk sebuah pekan..dari sebuah pekan..maka muncullah sebuah daerah..dan seterusnya sebuah negeri dan sebuah negara ketamakan..
Dan..apabila munculnya sifat tamak..kerajaan pentingkan diri pulak akan muncul dalam diri..lalu bekerjasama dengan kerajaan tamak..dan membentuk sebuah kerajaan yang lebih kuat..sikap seperti nie..mampu melupakan semua keperitan..kesusahan..kesukaran..malah pengorbanan orang lain terhadap kita..yelah..dah nama pun tamak and pentingkan diri..mestilah kita akan dahulukan hak kita sebelum memikirkan kepentingan orang lain..MasyAllah..teruknya..
Daripada kedua - dua sifat tersebut..maka..akan muncullah pulak sifat bongkak..adoyai..nie lagi satu kerajaan yang kuat and senang je nak kukuhkan kekuatan dia bila bergabung dengan dua kerajaan tadi..memang susahlah kalau nak tumbangkan kalau ketiga - tiga kerajaan..sifat bongkak nie akan muncul bila dua kerajaan tadi semakin kukuh dalam hati..mestilah kan..bila dah dahulukan hak kita..sisihkan hak orang lain..mestilah sifat bongkak nie muncul..semua nikmat dianggap seperti tuah diri sendiri..bak kata Allahyarham P.Ramlee..hai dunia..ana yang punya..

Memang sakit kalau kerajaan - kerajaan nie mula membentuk dalam diri kita..bukan sakit macam penyakit kanser tu..tapi..sakit bila kita nak kena cuba membuang semua sikap - sikap tu..bila sekali ia berkampung dalam hati..maka..kita memerlukan beberapa lama untuk menyisihkannya..bukan susah pun..tapi..sekali ia bertapak dalam hati kita..lebih baik..kalau kita musnahkan dulu..kita halau sifat - sifat tu dengan menjalankan solat fardhu..kita banyak - banyakkan berdoa..moga kita xtergolong dalam golongan manusia yang mempunyai sifat - sifat macam tu..
Mesej nie hanya sekadar renungan bersama..maaf kalau ada terkasar bahasa and menyakitkan ati korang ehh...=)

0 comments:

 

Ishihara Zara Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal