TTC CHORONOLOGY

2nd October 2017

Pagi ni suddenly Ai asked me untuk ke Klinik Umra, Seksyen 13 Shah Alam untuk check kesuburan kami.

Then, kami decided pergi terus ke klinik tu after office hour.

Around 6.30pm kami sampai kat klinik tu. Boleh tahan jugak ramainya orang tapi services sangat laju.

Kami terus register untuk check kesuburan masing-masing.

After 5 minit, aku dipanggil untuk pemeriksaan tekanan darah. Alhamdulillah, semuanya normal. Kemudiannya kami diminta untuk menunggu giliran nak jumpa doktor pulak.

Selepas lebih kurang 10 minit, kami dipanggil ke bilik rawatan. Luckily doctor tu seorang perempuan. Kami pun cerita reason kami ke klinik tu dan berapa lama usia perkhawinan kami.

Selepas session soal jawab, doktor decided untuk jalankan pap smear test, blood test and ultrasound. Luckily, hari tu merupakan hari ke-21 period. So, blood test boleh dijalankan terus.

Waktu ultrasound, doctor ada cakap uterus aku cantik, terletak elok ja, kantung telur pun ok. Doctor siap cakap lagi, awak akan period in just few days ni. If tak period, better check urine test.

Then, doctor set appointment for next checkup and treatment pada hari ke-2 period akan datang. Doctor jugak minta Ai hantar air mani untuk ujian air mani.

Sesi consultation tak lama pun, sebabnya kami selesai semua dalam pukul 8pm.

So, we are waiting for the results and next appointment. Will update soon about pap smear test nanti. 😍

Kos rawatan:

  1. Professional fees                : RM 50.00
  2. Disposable & consumables  : RM 5.50
  3. Laboratory charges             : RM 165.70
  4. Ultrasound                         : RM 60.00
Total kos rawatan : RM 281.20

Disebabkan kami dah prepare mental dan fizikal tentang kos rawatan, jadi kami taklah terkejut sangat dengan harga tu.

Jadi, I will write later pasal next treatment and the results for my blood and pap smear test.

See you soon in my next post!

Comments

Popular posts from this blog

INTRODUCTION